Kenali Madani Katering
Tentang kami
sejarah
Madani Katering Sejak Tahun 2016
Permulaan
Walaupun Madani Kanopi & Katering hanya beroperasi baru 4 tahun tetapi kami telah mempunyai pasukan pramisaji berpengalaman lebih 10 tahun. Kami sangat menitikberatkan hasil kerja pasukan kami terhadap semua pelanggan kami. Kami menerima segala jenis tempahan sama ada tertutup mahupun terbuka.
Pencapaian
Kini Madani kanopi & Katering bukan sahaja menjalankan servis kanopi. Kami juga telah membesarkan perniagaan kami dengan membuat makanan jenama kami sendiri iaitu Nasi Baryani Frozen Madani. Kini kami telah menjadi pengedar nasi baryani frozen terbesar di Negeri Johor.
Berpengalaman Lebih 10 Tahun!
MADANI CANOPY & CATERING telah ditubuhkan pada 28 November 2016 dengan aktiviti membekal dan menerima tempahan makanan bermasak Islam dengan menawarkan pakej-pakej menarik untuk menjadi pilihan pelanggan kami. Kami menawarkan pakej-pakej untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majis korporat, pertunangan, kenduri akikah dan lain-lain. Kami merupakan syarikat yang berdaftar dengan SSM JR0071618-X
Pengasas kepada syarikat ini adalah Hj Mohd Mazlan Bin Wagini dan dibantu oleh isteri beliau, Hjh Hanizah Bt Naim. Syarikat ini ditubuhkan sebagai menyahut cabaran untuk menyajikan makanan Halalan Toiyyiban. Syarikat ini juga dibantu oleh tukang masak yang berpengalaman dan pramusaji yang cekap.
Dipercayai
Dipercayai sejak tahun 2016.
Berpengalaman
Mempunyai pramusaji berpengalaman dalam katering
Kelengkapan
Menyediakan segala jenis kelengkapan kanopi & katering
Hubungi Segera!
Sedang Mencari Katering Terbaik?
Hubungi kami segera untuk pakej & tawaran istimewa. Tempah slot anda sekarang jika masih ada kekosongan.